10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W
SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah
Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali,
Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh
daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali
untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah
s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali
sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah
s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah
Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin,
nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an
seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga
bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan
“At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan
akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat.
Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala
hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam
semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan
dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni
juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
SURAH AD-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat
agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis
Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada
tiap-tiap malam, Insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang
membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, Insya’Allah
akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah
segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah
Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati,
niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna
Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri
mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang
tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan
umurnya.
SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan
membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan
hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali
juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat
Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah
Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an,
disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari
peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah
ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah
dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar
bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah
s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat
dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam,
insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.
SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti
Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an
sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut,
Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3
kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ”
Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak
pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca
surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu
Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya
bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan
hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di
dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian
hari kiamat.”
SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan :
“Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda
membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada
kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang
siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca
Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7
hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia,
takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang
terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang
berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini
termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan
manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal
dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
♥♥♥
#sumberdariinternet
#semogabermanafaat