1 January 2016

DIA


Dia dilahirkan ke dunia dan dijaga dengan penuh kasih sayang.. Dia bukan dilahirkan dalam keluarga yang berada tetapi cukup segala kelengkapan.. Mempunyai ayah yang sangat memahami ibu dan anak-anak.. Segala kerja rumah dibantu oleh ayahnya tanpa rungutan.. Ayahnya sentiasa mengajar anak-anaknya supaya berdikari.. Jangan terlalu bergantung pada orang lain.. 

Disangka panas sampai ke petang.. Rupanya hujan di tengahari.. Kebahagiaan yang dikecapi selama 17 tahun hidup bersama akhirnya diuji Allah.. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut telah ditentukan Allah.. Kita sebagai hamba harus redha dengan segala ketentuanNya..

Dalam suasana keluarga yang masih lagi terumbang ambing, dia tetap tabah meneruskan persekolahan.. Mengharungi detik-detik akhir di alam persekolahan dengan penuh cabaran.. Cabaran menghadapi SPM dan cabaran dalam menguatkan hati supaya tabah harungi hidup dalam suasana keluarga retak menanti belah.. Hanya Allah saja yang tahu perasaan dia pada ketika itu.. Tidak tahu mana hendak meluahkan rasa sedih.. Ingin berkongsi rasa sedih bersama adik, adiknya masih kecil untuk memahami situasi yang dialami ketika itu.. Mujur ada kaum keluarga yang memahami keadaan dia pada ketika itu.. Bersama merekalah dia mengadu nasib selain kawan-kawan yang banyak memberi kata-kata semangat.. Dia rasa bersyukur kerana telah diberi kekuatan dalam diri untuk menempuh kehidupan yang mendatang tanpa ayah dan ibu bersama.. Mujur kami adik beradik telah diajar untuk berdikari sejak dari kecil lagi..

Permulaan kehidupan tanpa ibu disisi.. Mahkamah telah memberi hak penjagaan anak-anak kepada ayahnya.. Dia bernasib baik kerana ayahnya bukan seorang yang kejam.. Dia dan adiknya berhak berjumpa dengan ibu mereka pada bila-bila masa sahaja.. Tetapi dia dan adiknya tidak tinggal bersama ibu mereka kerana masih bersekolah.. Walaupun pada ketika itu usianya masih 17 tahun, masih mentah untuk memikirkan masalah orang dewasa tetapi dia faham keperitan yang dialami ibunya. Keperitan berpisah bersama suami dan anak-anak.. Namun kesedihan yang dialaminya tidak ditunjukkan kepada ibubapanya.. Mungkin itu sikapnya sejak dulu suka memendam rasa..

Masa berlalu terlalu pantas.. Akhirnya dia berjaya menamatkan alam persekolahan.. Walaupun dia tidak dapat menjejakkan kaki ke menara gading tetapi dia bangga dengan pencapaiannya tika itu.. Tidak semua remaja seusianya berjaya menahan perasaan yang bercampur baur.. Terpaksa berusaha untuk menghadapi peperiksaan penting dan dalam masa yang sama menahan rasa sedih dengan apa yang terjadi.. Dia harus tabah dalam mengharungi dugaan demi menduduki peperiksaan SPM ketika itu.. Alhamdulillah setelah mendapat keputusan dia berasa lega.. Terima kasih Ya Allah..

Bermulanya episod di alam pekerjaan.. Mengutip pengalaman sebanyak mungkin.. Dari menjadi jurujual di kompleks membeli belah, kemudian bekerja sebagai juruwang di restoran makanan sehingga kini menjadi seorang penjawat awam.. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi walaupun agak lewat usia menjadi penjawat awam tetapi dia tetap bersyukur.. Rezeki dari Allah.. Siapa pun tidak menduga..

Pada ketika ini dia menjalankan kehidupan bersama ibu tersayang.. Ayahnya telah mendirikan rumahtangga setelah lebih 10 tahun bersendirian.. Alhamdulillah.. Masih jauh perjalanan dia sebagai seorang pengembara di bumi Allah ini.. Banyak lagi dugaan dan rintangan yang harus ditempuhi.. Dia sentiasa mencari keampunan dan keredhaan Allah dalam mengharungi badai duniawi.. Selagi hayatnya masih ada.. Wallahua'lam.. Syukran Ya Allah.. Allahu Akbar..
.. Wassalam ..

2 comments: