21 April 2016

SURAT CINTA


SURAT CINTA - INTEAM

Telah ku terima suratMu
Yang telah kau utus dahulu 
Ayat-ayat cinta dari cahayaMu 
Menyelimuti seluruh hatiku 

Telah ku terima suratMu 
Yang telah kau utus dahulu 
Berulang-ulang kali difikiranku 
Betapa Kau mencintaiku 

Bila ku merindu padaMu 
SuratMu kan ku baca selalu 

Ku harap Kau akan menyebut namaku 
Detikku rindu 
Saatku baca suratMu

Hidupkanlah hatiku ini selalu 
Dengan kalimahMu 
Kalimah cinta teragung 

Telah ku terima suratMu 
Yang telah kau utus dahulu 
Ayat-ayat cinta dari cahayaMu 
Sesegar murni syurga hatiku 

Sungguh makna cintaMu tiada penghujung
SuratMu kan ku baca selalu 

Ku harap Kau akan menyebut namaku 
Detik rindu saatku baca suratMu 

Hidupkanlah hatiku selalu 
Dengan kalimahMu 
Kalimah cinta teragung 



17 February 2016

TRAGEDI BUAIAN

Yang nie buaian dulu-dulu.. Agak bahaya la sebab guna besi..

Assalamu'alaikum..

Ngilu rasanya bila terkenang tragedi kepala aku dihempap besi buaian nie.. Waktu itu aku masih sekolah rendah lagi.. Menjadi kebiasaan setiap petang aku dan rakan-rakan akan bermain di taman permainan yang berdekatan..

Permainan buaian sentiasa menjadi rebutan.. Bila nampak je tiada orang yang bermain buaian aku dan rakan-rakan cepat-cepat menyerbu buaian tu.. Buaian yang aku dan rakan-rakan naik diperbuat daripada tayar.. Jadi buaian itu boleh naik sampai 4 orang.. Hehe..  
  
Pada hari kejadian seperti biasa seronok dapat bermain buaian.. Tiba-tiba salah satu besi buaian tersebut jatuh dan terkena kepala aku.. Rakan-rakan yang lain bernasib baik tidak ada yang terkena besi itu.. 

Berpinar-pinar jugak lah kepala aku dek dihempap besi buaian tu.. Aku memang tak larat sangat nak bangun waktu tu.. Nasib baik ada abang-abang yang bermain sepak takraw di situ datang menolong..

Kemudian aku didukung dan dihantar balik ke rumah.. Sesampai di rumah Abah terus bawak aku ke  klinik.. Nasib luka yang aku alami tidak dalam.. Alhamdulillah.. Cuma luka sikit je.. Kalau tidak aku tak tau la kan.. Silap-silap berjahit la kepala aku nie.. Hikhik.. Adeiiii ngeri.. Tapi kesan luka di kepala nie terasa ngilu sampai la nie nak habaq mai.. Haha.. Kenangan sungguh..

Tapi sekarang buaian tayar kebanyakkannya tidak lagi menggunakan besi.. Yang aku tengok sekarang dah pakai tali.. Lebih selamat untuk kanak-kanak bermain.. Taman permainan sekarang sudah ada ciri-ciri keselamatan.. Bagus lah macam tu kan.. Jadi ibu bapa tak ada la risau sangat bila anak-anak mereka bermain di taman permainan.. 

Kalau macam baru selamat.. Cantik pun cantik..
Itu la pengalaman paling ngeri dalam hidup aku waktu aku kecil dulu.. Padahal aku nie bukan jenis yang lasak.. Tapi sudah ditakdirkan begitu kisahnya.. Redha je la ye Cik Qina.. 

♥♥♥♥♥

  

2 February 2016

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W





10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W


SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


SURAH AD-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, Insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.


SURAH AL-MULK 
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.


SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”


SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

♥♥♥
#sumberdariinternet
#semogabermanafaat

6 January 2016

MEMORI SEMALAM


Assalamu'alaikum.. 

Tahun 2015.. Meninggalkan banyak memori.. Kisah suka duka dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.. Kita sebagai hambaNya ibarat musafir.. Yang melalui sebuah perjalanan menuju akhirat.. Kehidupan dunia adalah persinggahan sementara untuk kita mengumpul bekalan di akhirat yang hakiki..
 
Dalam mengharungi pelbagai cabaran yang datang, banyak telah aku pelajari.. Setiap cabaran aku cuba untuk menjadi seorang yang penyabar dan redha.. Selain banyak berdoa, berusaha dan bertawakal pada Allah, muhasabah diri amat penting.. Setiap yang terjadi datangnya dari Allah.. Allah akan menurunkan ujian untuk hambaNya bagi menguji tahap kesabaran dan keimanan seseorang.. Kadang² kita terlupa padaNya disaat kehidupan kita senang.. Diberi kesihatan yang baik, kerja yang bagus serta perjalanan hidup yang tenang.. Tetapi apa yang kita buat untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberi.. Kita leka.. Leka dengan nikmat dunia yang bukan milik kita.. Semua ini Allah yang punya bukan kepunyaan kita.. 

Di saat kita leka dengan kesenangan dunia, Allah datangkan ujian pada hambaNya.. Pada saat itu barulah kita sedar dan mula mengingati PenciptaNya.. Walhal kita seharusnya mengingati Allah sepanjang masa.. Tidak kira disaat kita susah mahupun senang.. Allah Maha Penyayang.. Allah Maha Mengetahui.. Allah sayang pada hamba-hambaNya.. Oleh itu, diturunkan ujian supaya kita tidak terus leka dan hanyut dalam arus duniawi yang sementara ini.. 

Wallahu A’lam Bish Shawab

♥ ♥ ♥